Wednesday, 7 December 2011

Rupanya ini asal usul Nasi Ayam.....

NasiAyam

           Nasi Ayam Hainan atau di Indonesia lebih sering disebut juga dengan Nasi Hainan adalah merupakan masakan Tionghoa yang sering dikaitkan dengan masakan Malaysia atau Singapura. Tapi sebenarnya masakan ini asli berasal dari wilayah Hainan, China. Kerana banyaknya orang-orang suku Hainan yang merantau dan tinggal di Malaysia dan Singapura kemudian mengembangkan masakan ini, sehingga menjadikan Nasi Hainan kemudian identik dengan Negara Malaysia dan Singapura.
           Nasi lazat ini dimasak dengan menggunakan kaldu ayam secara terus menerus, sehingga menjadikan Nasi Hainan ini menjadi sangat harum dan lembut. Nasi ini biasanya disajikan dengan daging ayam rebus ataupun panggang, kuah kaldu, sambal jahe, dan juga bawang putih. Itulah kekayaan kuliner orang Tionghoa yang sekarang sedang hangat diperbincangkan, kerana baru-baru ini, Menteri Pariwisata Malaysia, Ng Yen Yen, berniat akan mengajukan klaim terhadap Nasi Hainan agar menjadi bagian dari kekayaan kuliner Negaranya.

Rupanya ini asal usul Roti Canai




Roti canai atau roti jenis leper yang berbentuk bulat ini, merupakan satu makanan kegemaran di Malaysia. Ia dimakan sebagai makanan pagi, tengahari, petang, dan malam. Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik, atau teh ais.Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau parpu atau kari dengan sambal ikan bilis.
Penggunaan perkataan canai dalam bahasa Melayu dibelakang roti adalah hasil dari tingkahlaku pencanai roti tersebut dalam meleperkan, menganginkan dan menebar doh roti. Ada juga menyatakan perkataan canai dibelakang roti ini asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini, yakni "Channal". Pada versi yang lain, perkataan canai ini datangnya dari nama bandar Chennai, India disebabkan ramai pencanai roti ini kebanyakkan berasal dari sana pada ketika kebanjiran orang India di Malaysia.
Roti canai di India dan Singapura, ia lebih dikenali sebagai roti pratha. Rupa roti pratha dengan roti canai adalah sama dan bentuknya masih lagi bulat.