Thursday, 8 December 2011

Budaya Makanan Kaum Melayu



Budaya makanan orang Melayu mempunyai banyak ciri-ciri yang istimewadan unik. Pelbagai lauk pauk tidak akan sempurna jika tidak diiringi dengan nasi.Nasi merupakan makanan utama bagi orang Malaysia dan orang Melayu amnya.Beras juga merupakan nadi budaya kehidupan dan adat bagi penduduk Asia. DiMalaysia padi menjadi tanaman utama di Kedah dan Perlis dan dikenali sebagai‘Rice Bowl of Malaysia’. Nasi dihidangkan dengan pelbagai lauk-pauk dan ulamulaman. Bahan yang digunakan dalam masakan Melayu berkisar kepada santan,cili dan belacan. Hidangan Melayu terkenal bukan sahaja dari keenakan tetapi darisegi kepedasan dan juga penggunaan rempah ratusnya.


Santan merupakan bahan asas dalam masakan. Ia digunakan dalam segala jenis gulai atau masak lemak. Bahan perasa dalam masakan Melayu adalah sepertibawang, halia, bawang putih dan cili, jintan, buah pelaga, kayu manis dan lain-lain.Orang Melayu juga banyak menggunakan bahan-bahan herba seperti serai, daunpandan, daun limau purut, daun kemangi, bunga kantan, kunyit, lengkuas danbuah pala. 


Orang Melayu di kampung-kampung pada masa kini masih berlandaskanpertanian dan penternakan. Hasil pertanian seperti pucuk paku, petai, daunpegaga, daun selum, daun kaduk, cendawan (kulat) dan lain-lain jenis ulaman daunmenjadi makanan amalan orang Melayu di kampung. Hasil-hasilan kaya dengansumber vitamin dan mineral, ia juga tinggi dari segi serat. 




No comments:

Post a Comment