Thursday, 8 December 2011

Budaya Makan Kaum Cina



Bagi kaum Cina pula, bahan utama dalam masakan mereka ialah bahan soya(tahu, taucu, kicap soya) cendawan, bunga lily, biji bijan dan lain-lain. Bahan ini kemudiannya akan diolah bersama rempah yang digunakan oleh orang Melayu seperti biji ketumbar, kayu manis dan sebagainya.

Kebanyakan masakan Cina di Negara kita, kebanyakan resipinya berasal dari Negeri China, contohnya: Yong Tau Foo. Char Koay Teow, Dim Sum dan lain-lain. Masakan ini telah diminati oleh kaum Cina semenjak abad ke-18.  

Lok lok adalah satu-satu makanan Cina yang masih dijaja dan menjadi kegemaran kaum Cina. Lok lok atau dikenali dengan sate celup merupakan makanan ringan jenis sayuran, daging dan makanan laut.  

Nasi ayam bukan sahaja dipelopori oleh kaum Cina tetapi juga digemari oleh semua rakyat Malaysia. Nasi ayam dihidangkan bersama ayam goreng, ayam panggang atau ayam kukus. Orang Melayu lebih minat ayang yang digoreng atau dipanggang manakala kaum Cina lebih suka ayam yang dikukus.

Minuman iringan bagi kaum Cina ialah teh Cina dan manisan kegemaran mereka ialah buah-buahan segar dan manisan berasaskan kekacang.

2 comments:

  1. Tahniah, Cheahlk. Saya amat suka blog saudari. Saya dapat mengenali pelbagai makanan di Malaysia daripada blog saudari. Kebanyakan sate celup dijaja oleh masyarakat Cina. Tetapi kuah sate berasal daripada masyarakat Melayu. Oleh itu, negara kita diseru slogan '1 Malaysia'.

    ReplyDelete