Thursday, 8 December 2011

Budaya Makanan Kaum Melayu



Budaya makanan orang Melayu mempunyai banyak ciri-ciri yang istimewadan unik. Pelbagai lauk pauk tidak akan sempurna jika tidak diiringi dengan nasi.Nasi merupakan makanan utama bagi orang Malaysia dan orang Melayu amnya.Beras juga merupakan nadi budaya kehidupan dan adat bagi penduduk Asia. DiMalaysia padi menjadi tanaman utama di Kedah dan Perlis dan dikenali sebagai‘Rice Bowl of Malaysia’. Nasi dihidangkan dengan pelbagai lauk-pauk dan ulamulaman. Bahan yang digunakan dalam masakan Melayu berkisar kepada santan,cili dan belacan. Hidangan Melayu terkenal bukan sahaja dari keenakan tetapi darisegi kepedasan dan juga penggunaan rempah ratusnya.


Santan merupakan bahan asas dalam masakan. Ia digunakan dalam segala jenis gulai atau masak lemak. Bahan perasa dalam masakan Melayu adalah sepertibawang, halia, bawang putih dan cili, jintan, buah pelaga, kayu manis dan lain-lain.Orang Melayu juga banyak menggunakan bahan-bahan herba seperti serai, daunpandan, daun limau purut, daun kemangi, bunga kantan, kunyit, lengkuas danbuah pala. 


Orang Melayu di kampung-kampung pada masa kini masih berlandaskanpertanian dan penternakan. Hasil pertanian seperti pucuk paku, petai, daunpegaga, daun selum, daun kaduk, cendawan (kulat) dan lain-lain jenis ulaman daunmenjadi makanan amalan orang Melayu di kampung. Hasil-hasilan kaya dengansumber vitamin dan mineral, ia juga tinggi dari segi serat. 




Budaya Makan Kaum Cina



Bagi kaum Cina pula, bahan utama dalam masakan mereka ialah bahan soya(tahu, taucu, kicap soya) cendawan, bunga lily, biji bijan dan lain-lain. Bahan ini kemudiannya akan diolah bersama rempah yang digunakan oleh orang Melayu seperti biji ketumbar, kayu manis dan sebagainya.

Kebanyakan masakan Cina di Negara kita, kebanyakan resipinya berasal dari Negeri China, contohnya: Yong Tau Foo. Char Koay Teow, Dim Sum dan lain-lain. Masakan ini telah diminati oleh kaum Cina semenjak abad ke-18.  

Lok lok adalah satu-satu makanan Cina yang masih dijaja dan menjadi kegemaran kaum Cina. Lok lok atau dikenali dengan sate celup merupakan makanan ringan jenis sayuran, daging dan makanan laut.  

Nasi ayam bukan sahaja dipelopori oleh kaum Cina tetapi juga digemari oleh semua rakyat Malaysia. Nasi ayam dihidangkan bersama ayam goreng, ayam panggang atau ayam kukus. Orang Melayu lebih minat ayang yang digoreng atau dipanggang manakala kaum Cina lebih suka ayam yang dikukus.

Minuman iringan bagi kaum Cina ialah teh Cina dan manisan kegemaran mereka ialah buah-buahan segar dan manisan berasaskan kekacang.

Budaya Makan Kaum India




Rempah-rempah adalah jantung dan jiwa dari memasak India. Tetapi kuantiti dan perkadaran berbeza-beza dengan batas-batas geografi. Serbuk kari hampir tidak pernah digunakan. Rempah-rempah yang baru berdasarkan dan ditambah dalam kombinasi yang berbeza. Rempah-rempah yang biasa digunakan adalah ketumbar, kunyit, jinten, cabe, jintan, dan fenugreek. bumbu harum lain ditambah adalah kapulaga, cengkih, kayu manis dan jintan manis bintang.


Di Malaysia, ada banyak restoran India dan warung makanan untuk merangsang selera anda. Mereka biasanya disajikan pada Thali, sebuah dulang logam yang melingkar pada sejumlah mangkuk kecil yang disebut Katori, juga terbuat dari logam, ditempatkan. Dimakan dengan jari, nasi atau roti ditempatkan langsung di Thali sementara kari dan hidangan yang lain disajikan dalam mangkuk. Untuk masakan India Selatan, daun pisang sering digunakan sebagai piring tempat nasi disajikan di tengah, diikuti oleh pelbagai kari dan menyertai sekitarnya. Ini termasuk ikan kering, pappadams (wafer miju-miju), chutneys segar terbuat dari rempah-rempah, kelapa, dan buah-buahan asam antara lain.

India penjaja tempatan telah membuat versi unik dari hidangan tempatan, yang tidak ditemui di India. Misalnya, "mee goreng" adalah kombinasi segar mie kuning China, tahu,-taoge, dan terasi. Malaysia juga penuh dengan kedai-kedai yang menawarkan "Nasi Kandar", yang pada dasarnya merupakan gabungan dari masakan Melayu dan India - maka sangat Malaysia - walaupun rasanya lebih kuat. Konsep ini muncul ketika "nasi" (beras) penjaja akan dahulu "kandar" (keseimbangan tiang di bahu dengan dua kontena besar pada kedua-dua hujung) barang dagangan mereka.

Roti adalah item utama dalam sebahagian besar makanan dalam masakan India Utara. Oleh kerana itu, berbagai macam roti yang ditawarkan di restoran ini. Nann (roti yis dengan biji poppy) merupakan pilihan yang popular. Adunan roti yang digulung out dan kemudian menampar di bahagian dalam tandoori, dekat bahagian atas mana koki sangat cepat dalam panas sengit. Hal ini kemudian dibumbui dengan bawang atau bawang putih. Paratha Sementara itu, kaya, bersisik, dan dibumbui dengan ghee. Hal ini dapat dimakan sebagai iringan atau dengan sendirinya, penuh dengan kentang dan kacang polong. Chapati lain roti yis. Ia menyerupai cakera datar dan mempunyai rasa yang menyenangkan dan kenyal.

Hidangan Tandoori adalah program utama yang paling popular di Restoran India Utara. Ayam Tandoori selalu menjadi kegemaran, di mana bayi ayam utuh atau tempat ayam dipanggang dalam oven tanah liat selama beberapa jam sebelumnya dan kemudian selesai off pada acara barbecue.

Rupanya ini asal usul Nasi Lemak ......

Al-kisah peristiwa bersejarah ini berlaku pada zaman dahulu kala. Pada zaman yang berkenaan penempatan awal, biasalah di kaki bukit dalam rimbunan hutan belukar. Namun begitu ideologi serta kebijaksanaan manusia sudah mulai berkembang. Dari segi pertanian, kaedah penanaman padi huma sudah mula dijalankan. Cuma pada ketika itu kaedah tersebut bukan untuk tujuan komersial tetapi untuk menampung keperluan asasi seharian iaitu "makan".

Di sebuah penempatan, tinggal dua beranak di sebuah pondok usang beratapkan rumbia. Di pondok usang itulah tempat Siti Nor Evanatasya tinggal bersama ibunya yang tercinta. Evanatasya meminati bidang masakan. Setiap hari semasa ibunya keluar bekerja dia akan mencuba idea atau resepi baru tentang masakan.

Pada suatu hari, terdetik di hatinya untuk mencipta resepi baru berasaskan beras dan beberapa bahan yang ada di dapur. Dia menyediakan santan kelapa, hirisan halia dan beberapa helai daun pandan. Dia kemudiannya menggaulkan beras yang sudah dibasuh bersih dengan hirisan halia. Jika selalunya dia menanak nasi dengan air putih tetapi pada kali ini dia menukarnya dengan santan kelapa. Setelah disukat secukup rasa dia kemudian memasukkan beberapa helai daun pandan bertujuan untuk menaikkan aroma. Bijak!

Sementara menunggu nasi masak, Evanatasya mencari idea apakah lauk yang sesuai dihidangkan bersama resepi nasi terbarunya itu. Dia terpandang himpunan cili-cili yang sudah kering. Otaknya yang bergeliga mula mencetuskan idea untuk membuat sambal. Cili kering ditumbuk lumat. Kemudian dia mencampurkan sedikit perahan air asam jawa, secubit garam dan gula ikut sedap hatinya. Segala bahan tersebut ditumis. Dia kemudiannya ke luar rumah dan meengambil segenggam anak ikan yang telah dikeringkan. Dimasukkan anak-anak ikan kering berkenaan ke dalam sambal tumisnya.

Sambal tumis sudah siap. Nasi yang ditanak juga telah masak. Kini tibalah masanya untuk menghidang. Setelah dihidang dia rasa ada kekurangan tentang hasil dekorasinya. Dia pun menghiris timun dan meletakkannya di atas timbunan nasi yang sudah dihidangkan. Beberapa ketika kemudian, ibunya pun pulang dari berkebun dengan beberapa biji telur ayam di tangan. Ibunya menyerahkan telur ayam berkenaan kepada Evanatasya.

SESI DIALOG 1

Tasya : Hidangan makan malam Tasya dah siapkan. Mak mandilah dulu nanti kita makan sama-sama.
Si ibu : Emm, yelah. Mak pun takde selera nak makan dengan badan yang melekit-lekit ni.

Sementara menunggu ibunya siap mandi, Tasya merebus beberapa biji telur ayam. Dia juga menggoreng dua biji dari telur tersebut. Setelah lima belas minit, ibunya pun telah siap berdandan dan bersedia untuk menikmati hidangan makan malam. Setelah duduk, ibunya tepana melihat hidangan yang disediakan oleh anaknya pada malam itu. Harum semerbak aroma yang hadir dari nasi yang dihidangkan.

SESI DIALOG 2

Si ibu : Apa yang kamu masak ni?
Tasya : Nasi le mak.Si ibu : Agak luarbiasa hidangan malam ni. Apa yang kamu masak ni?
Tasya : Aduhai!! Nasi le mak.
Maka, bermula dari hari itu tercetuslah sebuah resepi yang digemari oleh setiap generasi iaitu NASI LE MAK.

Sekian.

Dari Pena Penulis,
---YUSENZE---


Wednesday, 7 December 2011

Rupanya ini asal usul Nasi Ayam.....

NasiAyam

           Nasi Ayam Hainan atau di Indonesia lebih sering disebut juga dengan Nasi Hainan adalah merupakan masakan Tionghoa yang sering dikaitkan dengan masakan Malaysia atau Singapura. Tapi sebenarnya masakan ini asli berasal dari wilayah Hainan, China. Kerana banyaknya orang-orang suku Hainan yang merantau dan tinggal di Malaysia dan Singapura kemudian mengembangkan masakan ini, sehingga menjadikan Nasi Hainan kemudian identik dengan Negara Malaysia dan Singapura.
           Nasi lazat ini dimasak dengan menggunakan kaldu ayam secara terus menerus, sehingga menjadikan Nasi Hainan ini menjadi sangat harum dan lembut. Nasi ini biasanya disajikan dengan daging ayam rebus ataupun panggang, kuah kaldu, sambal jahe, dan juga bawang putih. Itulah kekayaan kuliner orang Tionghoa yang sekarang sedang hangat diperbincangkan, kerana baru-baru ini, Menteri Pariwisata Malaysia, Ng Yen Yen, berniat akan mengajukan klaim terhadap Nasi Hainan agar menjadi bagian dari kekayaan kuliner Negaranya.

Rupanya ini asal usul Roti Canai




Roti canai atau roti jenis leper yang berbentuk bulat ini, merupakan satu makanan kegemaran di Malaysia. Ia dimakan sebagai makanan pagi, tengahari, petang, dan malam. Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik, atau teh ais.Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau parpu atau kari dengan sambal ikan bilis.
Penggunaan perkataan canai dalam bahasa Melayu dibelakang roti adalah hasil dari tingkahlaku pencanai roti tersebut dalam meleperkan, menganginkan dan menebar doh roti. Ada juga menyatakan perkataan canai dibelakang roti ini asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini, yakni "Channal". Pada versi yang lain, perkataan canai ini datangnya dari nama bandar Chennai, India disebabkan ramai pencanai roti ini kebanyakkan berasal dari sana pada ketika kebanjiran orang India di Malaysia.
Roti canai di India dan Singapura, ia lebih dikenali sebagai roti pratha. Rupa roti pratha dengan roti canai adalah sama dan bentuknya masih lagi bulat.

Friday, 4 November 2011

Kaum-Kaum di Malaysia


Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara tiga kaum utama di Malaysia, iaitu kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India telahpun menetap di tanah ini selama lima abad. Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air kepada Baba dan Nyonya, Kadazandusun dan Iban.